Sejarah Sekolahku

Picture
Sekolah ini telah   ditubuhkan pada tahun 1978 dengan nama asal Sekolah Rendah Kerajaan Sungai Bebangan. Kelas tahun satu yang pertama hanya terdiri daripada 30 orang murid. Kelas ini dimulakan pada tahun 1979. Guru besar yang pertama berkhidmat di sekolah ini adalah Encik Francis Kelumai.

Pada mulanya, bangunan sekolah ini hanya dibina oleh para ibu bapa murid-murid sendiri tanpa sebarang bantuan subsidi daripada mana-mana pihak. Ketika itu, bangunan sekolah hanya diperbuat daripada kayu kasar dan beratapkan rumbia sahaja. Hanya menjelang tahun 1984 barulah bangunan sekolah ini dibina secara gotong-royong dengan bantuan pihak kerajaan.

Penubuhan sekolah ini telah diketuai oleh Tuai Rumah Nyawai ak Kilut. Beliau merupakan seorang tuai rumah panjang/ketua kampung di salah sebuah rumah panjang di ulu Sungai Bebangan. Oleh sebab itulah, sebagai seorang tuai rumah, beliau berpendapat bahawa perlunya mewujudkan sekolah yang berdekatan dengan rumah panjang memandangkan sekolah lain terlalu jauh untuk anak-anak mereka.