SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG

Kata Aluan Guru Besar Sk Sg. Bebangan

Picture
        
        Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan syabas kepada semua staf pendidik dan staf sokongan Sekolah Kebangsaan Sungai Bebangan yang telah bertungkus- lumus berganding bahu di dalam menjayakan segala aktiviti yang dirancang demi  meningkatkan prestasi akademik sekolah. Tanpa sumbangan dan usaha dari guru - guru serta kakitangan sokongan yang tidak mengenal lelah, sudah pasti sekolah ini tidak akan dapat mencapai kejayaan yang telah dikecapi selama ini.

        Sebagai sebuah sekolah dalam kategori (SKM) Luar Bandar, sudah pasti terdapat banyak kekurangan dan kelemahan dari segi infrastruktur dan asasi yang perlu dihadapi dari semasa ke semasa. Namun, di sini para kakitangan diterap agar setiap cabaran yang ditempuhi merupakan antara penggalak  untuk terus utuh berdiri bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai. Justeru itu, saya menyeru kepada semua guru dan warga sekolah, agar terus berganding bahu bersama mendidik anak - anak tempatan sehingga berjaya ke menara gading.

                Dengan kesempatan ini, saya bagi pihak sekolah ingin merakamkan sekali lagi ucapan jutaan terima kasih di atas sokongan dan penglibatan semua pihak termasuk guru-guru,kakitangan sekolah,ibu bapa, para pelajar yang telah bersama-sama menggembeleng tenaga meningkatkan prestasi sekolah. Dengan penglibatan semua pihak, saya yakin dan percaya semua hasrat murni kita pasti akan tercapai.

                    Diharap dengan adanya portal rasmi Sekolah Kebangsaan Sungai Bebangan ini, saya mewakili guru dan para staf sokongan berharap agar ianya dapat mendekatkan lagi jurang digital di antara bandar dan luar bandar serta membolehkan pihak luar terutama pihak KPM dan PIBG dapat mengenali kami dengan lebih dekat.

Sekian,terima kasih.

LOUIS AK NYELANG,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Bebangan
96800, Kapit,
Sarawak


Kata Aluan Dari Editor Portal

Picture
Salam perkenalan, salam 1 Malaysia....

          Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak PKG Kapit membimbing kami di dalam mewujudkan laman portal rasmi bagi Sekolah Kebangsaan Sungai Bebangan khususnya En. Kennedy Kuyang yang telah banyak membantu membina laman portal ini.

            Tujuan pembinaan laman portal ini adalah untuk mendekatkan lagi jurang digital di antara sekolah di Malaysia amnya dan mendekatkan jurang digital bagi sekolah luar bandar dan sekolah bandar khasnya agar bersama - sama memajukan sistem pendidikan supaya sealiran dengan teknologi terkini yang serba canggih.
            Disamping itu, di harap agar dengan adanya laman rasmi portal Sek. Keb. Sg. Bebangan, ianya akan merapatkan lagi hubungan berterusan di antara warga sekolah dengan masyarakat luar khususnya pihak PIBG dan Kementerian di dalam usahasama memartabatkan pendidikan anak - anak watan sejagat.

            Akhir kata, diharapkan agar semua pihak mendapat informasi yang berguna melalui portal ini dan mencadangkan peningkatan yang dapat membantu kami agar laman portal ini menjadi medan yang berguna kepada semua. sekian

MOHD TAHIR BIN ABDULLAH,
Guru ICT,
Sekolah Kebangsaan Sungai Bebangan
96800 Kapit,
Sarawak


ShoutMix chat widget

 

Anda pelawat ke